Tuesday, January 11, 2011

politik stabil kearah kedamaian dan kemakmuran

Apa itu kestabilan politik ?
Bilamana sesuatu negara itu dapat mewujudkan kestabilan politik dalam meningkatkan taraf hidup rakyat,meminimumkan taraf kemiskinan ,memperkasakan bangsa ,meujudkan jati diri kepada anakx mudanya, mengurangkan gejala sosial,memberi pembangunan seimbang serta menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyatnya, maka itu baru dapat dianggap politik negara itu SEDANG menuju kearah kestabilan.Suka diulangi bahawa itu baru boleh DIANGGAP bukannya telah MENCAPAI kestabilan. Dalam semua pihak riuh memekik, gah memberi pandangan,lantang memberi ucapan ,indah bahasa disuarakan,mengaku diri cukup sempurna,pihak lain tidak sepertinya, apatah lagi kebijaksanaan mereka tiada tandingnya, APAKAH itu sudah cukup uintuk menyakinkan rakyat ang negara ini indah segala tanpa ada sedikitpun kecacatannya.

Politik stabil sesebuah negara pasti punya tiga pihak yang berfikiran matang dan berkeupayaan dalam memerintah ,membangkang dan memberi pandangan. Tiga elemen ini adalah tonggak pemerintahan dalam menentukan halatuju negara.Pihak pemerintah harus peka dan mempunyai keupayaan dalam mentadbir setiap aspek dalam negara.Dari soal yang paling remeh seperti sampah di tepi jalan hingga kepada soal yang paling penting dalam hal perhubungan dengan dunia serantau,ekonomi global.dan wawasan negara dimasa hadapan. Manakala pihak pembangkang harus sentiasa menjadi pihak penentang yang baik dan bersedia menjadi penentu yang berwibawa kepada setiap pembangunan,perancangan dan tindakan yang diambil serta dapat menyediakan satu alternatif  jika sekiranya apa yang dirancangkan itu tidak disenangi.Bagi pihak pemerintah terima lah apa jua pandangan atau teguran yang bernas yang diberikan tanpa ada rasa ego atau memandang remeh walaupun ia datang dari bukan sekutunya.Soalannya APAKAH politik dimalaysia kini mempunyai atau menepati cirix yang dimaksudkan atau kita hanya nampak kesilapan masyarakat lain sedangkan kita gagal untuk memperbaiki kelemahan kita apatah lagi untuk kita menjadi satu bangsa dan satu negara yang BENARX di sanjungi oleh masyarakat dunia.....        .

No comments:

Post a Comment