Friday, January 7, 2011

JIKA INILAH YANG DISAJIKAN

Menonton siaran tv yang disajikan kepada semua manusia di Malaysia ini kadangx membuatkan aku rasa macam cuba mempromosi tindakan atau gejala yang tidak baik kepada masyarakat. Apakah tidaknya cuba kita lihat kepada namax siri yang dipanggil cerekarama,telemovie ,drama bersiri ,iklan atau  apa saja yang mereka nak sebut atau panggil,adakah kita semua perasan yang ada gejalax yang tak sihat diselitkan. Konon supaya masyarakat sedar yang perbuatan tersebut tidak elok untuk diikuti. Tapi pada masa yang sama adakah kia sedar yang ia juga dionton oleh jutaan peminat yang lain yang berbeza kategori dan tahap pendidikan.
Satu contoh cuba kita lihat pada setiap drama yang ditayankan oleh tv 1, 2 atau 3 tak kiralah drama apa ,cinta ka, masyarakat ka penyiasatan ka... satu babak yang mesti diselitkan ialah kelab malam,karaokeatau pusat hiburan lain dimana hampir semua pengunjungnya adalah anakx orang melayu.Merekax ini diberi watak untuk terkinja-kinja , terhoyong hayang mabuk dan lalok dek dadah yang diambil dan entah apax lagi gelagat yang tak senonoh. Sedarkah kita yang adegan ini sedikit sebanyak akan dicontohi oleh anakx muda lain yan sebelum ini tidak pernah tahu akan adanya keadaan  demikian.Tapi apabila dah terdedah kepada bendax begini perasaan ingin mencuba tentu akan ada.Apakah jika tidak diselitkan adegan ini maka mutu atau jalan cerita nya akan lari atau tidak glamour. Lihatlah siapa yang cuba untuk melingkupkan  lagi anakx muda bangsa melayu yang selama ini sudah parah serta  haru biru kehidupannya dan sering dipandang rendah kerana terlalu pandai dalam budaya sosial, hiburan, berpakaian dan penagihan dadah. Semua ini anakx bangsa melayulah yang pakar dan terkehadapan kerana gurux yang baik hati yang memberi tuisen percuma dan peka pada keadaan semasa. SYABAS dan  TERIMA KASIH kepada semua.yang terlibat..   

No comments:

Post a Comment