Friday, January 7, 2011

KALAU IKUTKAN HATI

Kalau ikutkan hati mahu saja aku bantai ibubapa yang terlalu berkira tentang perbelanjaan pelajaran anax mereka ini.Apa tidaknya jika pihak sekolah mengenakan sedikit tambahan yuran kepada anakx mereka ia akan disusuli dengan macamx alasan dan pertanyaan..tetapi dalam membeli sesuatu yang tidak berapa berfaedah tidak pula berkira. Bagi waris perokok membeli rokok yang nilainya mencecah pulohan ringgit tak apa ,bagi yang gemar berbelanja membeli pakaian, alat perabot dan entah apa lagi perhiasan rumah tak jadi masalah.TAPI kalau untuk anakx nak belajar huhh..susah..Ada yang lebih teruk dapat bantuan persekolahan tapi yuran sekolah langsun tak berbayar sehingga hampir huhujung tahun.Ini termasuk dalam kategori apa pun tak tahu lah.

Disini aku merayulah kepada semua insan yang bergelar ibubapa ,waris waima penjaga tolonglah beri sedikit perhatian terhadap apa jua yang berkaitan dengan pendidikan anakx.Janganlah terlalu berkira mengenai pembelanjaan persekolahan kerana setiap apa yang dikenakan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG misalnya telah diperhalusi dan bincangkankan dengan terperinci sebelum dikuatkuasakan.Berilah kepecayaan kepada pihakx yang kita pertanggungjawabkan dalam perkara ini.Janganlah hanya tahu mengkritik tapi tidak mencadangkan jalan penyelesaian atau idea yang membina.Tabik kepada ibubapa atau penjaga yang begitu prihatin dan mengambil berat dalam hal persekolahan anak mereka walau pun ada antara mereka yang hidup lebih susah dan daif tapi demi pendidikan dan keperluan sekolah anak,segala yuran persekolahan dan apa jua yang berkaitan dapat diselesaikan tanpa perlu digesa untuk berbuat demikian. HASILnya lihatlah balasan yang mereka ini terima dari keputusanx  peperoksaan yang didudukii anakx mereka.  INGATLAH masa depan mereka ini amat penting kerana kita akan mati juga suatu hari nanti tapi bagaimana nasib mereka selepas ketidaan kita..adakah kita mahu nasib dan masadepan mereka sama seperti kita atau  lebih baik dari yang kita ...Fikir-fikir dan renung-renungkanlah......

No comments:

Post a Comment