Tuesday, January 11, 2011

politik stabil kearah kedamaian dan kemakmuran

Apa itu kestabilan politik ?
Bilamana sesuatu negara itu dapat mewujudkan kestabilan politik dalam meningkatkan taraf hidup rakyat,meminimumkan taraf kemiskinan ,memperkasakan bangsa ,meujudkan jati diri kepada anakx mudanya, mengurangkan gejala sosial,memberi pembangunan seimbang serta menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyatnya, maka itu baru dapat dianggap politik negara itu SEDANG menuju kearah kestabilan.Suka diulangi bahawa itu baru boleh DIANGGAP bukannya telah MENCAPAI kestabilan. Dalam semua pihak riuh memekik, gah memberi pandangan,lantang memberi ucapan ,indah bahasa disuarakan,mengaku diri cukup sempurna,pihak lain tidak sepertinya, apatah lagi kebijaksanaan mereka tiada tandingnya, APAKAH itu sudah cukup uintuk menyakinkan rakyat ang negara ini indah segala tanpa ada sedikitpun kecacatannya.

Politik stabil sesebuah negara pasti punya tiga pihak yang berfikiran matang dan berkeupayaan dalam memerintah ,membangkang dan memberi pandangan. Tiga elemen ini adalah tonggak pemerintahan dalam menentukan halatuju negara.Pihak pemerintah harus peka dan mempunyai keupayaan dalam mentadbir setiap aspek dalam negara.Dari soal yang paling remeh seperti sampah di tepi jalan hingga kepada soal yang paling penting dalam hal perhubungan dengan dunia serantau,ekonomi global.dan wawasan negara dimasa hadapan. Manakala pihak pembangkang harus sentiasa menjadi pihak penentang yang baik dan bersedia menjadi penentu yang berwibawa kepada setiap pembangunan,perancangan dan tindakan yang diambil serta dapat menyediakan satu alternatif  jika sekiranya apa yang dirancangkan itu tidak disenangi.Bagi pihak pemerintah terima lah apa jua pandangan atau teguran yang bernas yang diberikan tanpa ada rasa ego atau memandang remeh walaupun ia datang dari bukan sekutunya.Soalannya APAKAH politik dimalaysia kini mempunyai atau menepati cirix yang dimaksudkan atau kita hanya nampak kesilapan masyarakat lain sedangkan kita gagal untuk memperbaiki kelemahan kita apatah lagi untuk kita menjadi satu bangsa dan satu negara yang BENARX di sanjungi oleh masyarakat dunia.....        .

Sunday, January 9, 2011

BAGAIMANA KEARAHNYA

Ini adalah sambungan dari anganxku yang  terdahulu ....Bagaimana kita semua dapat samax memberi sumbangan kearah mengwujudkan politik stabil di Malaysia ini.?. Semua pihak harus memainkan peranan masingx dengan sedikit tolak ansur..walaupun berbeza pendapat, ia tidak harus dijadikan alasan untuk tidak saling berkerjasama.Ia tidak juga bermakna semua pihak tidak perlu duduk semeja berbincang mengenai segala masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ketepikan sifat ego kamu yang menyangka bahawa kamu lebih hebat walaupun kamu iu seorang menteri atau kamu lebih Islamik walaupun kamu itu seorang alim atau ustaz.Kita harus sedar bahawa kita semua ini adalah manusia biasa yang bersifat lemah dan sering melakukan kesilapan. Tiada siapa yang hebat dimuka bumi pinjaman Allah ini, tiada siapa yang sempurna selagi kamu itu hamba kepada Allah.Jangan sesiapa yang berkuasa atau berjawatan besar cuba untuk menyatakan bahawa negara lain tak sama macam Malaysia. Dalam halx tertentu mungkin ya.. tapi dalam soal kerjasama politik, pandangan agama dan soalx lain yang bersangkutan dengan Islam adakah semua merujuk kepada ajaran dan panduan  Al Quran. Masingx menyatakan bahawa ia saja yang benar dan betul ...Ingatlah wahai orangx yang diberi kuasa , hendaklah kamu berani salah kepada perkara yang terangx adalah salah..janganlah kamu takut kedudukan kamu tergugat jika kamu cuba menegur jika terdapat kesalahan yang dilakukan walaupun kamu berkerja dibawah pemerintahannya.Ingatlah gaji yang kamu terima itu juga datangnya dari duit rakyat, Tapi mengapa kamu harus takut kepada untuk menyatakan kebenaran, maka diulangi lagi jika kamu rasakan bahawa terdapat perkarax yang telah melanggar syariat Islam yang sedang berlaku , hendaklah kamu tegur..walaupun berat untuk kamu lakukan.. Justeru marilah semua pihak di Malaysia ini samax mengambil iktibar dengan apa yang berlaku diPalestin dan beberapa negara Islam lain ...Dek kerana tidak mahu berkerjasama dan bertolak ansur,sehingga kini hidup tanpa sebuah negara.Kita lupa bahawa banyak musuhx Islam yang tidak ingin melihat semua umat Islam bersatu.Jadi janganlah jadikan diri kita ini alat oleh musuhx Islam....Kembalilah kepada Al Quran dan Hadis kerana apabila kita gagal dalam mencapai kesepakatan dalam sesuatu perkara itu maka ada jalannya untuk diselesaikan...Sayangilah bangsa Melayu dan Junjonglah perintah Allah serta ikutilah pesanan Rasulullah.. nescaya kita semua akan selamat didunia dan akhirat..Insaalllah...     

Friday, January 7, 2011

JIKA INILAH YANG DISAJIKAN

Menonton siaran tv yang disajikan kepada semua manusia di Malaysia ini kadangx membuatkan aku rasa macam cuba mempromosi tindakan atau gejala yang tidak baik kepada masyarakat. Apakah tidaknya cuba kita lihat kepada namax siri yang dipanggil cerekarama,telemovie ,drama bersiri ,iklan atau  apa saja yang mereka nak sebut atau panggil,adakah kita semua perasan yang ada gejalax yang tak sihat diselitkan. Konon supaya masyarakat sedar yang perbuatan tersebut tidak elok untuk diikuti. Tapi pada masa yang sama adakah kia sedar yang ia juga dionton oleh jutaan peminat yang lain yang berbeza kategori dan tahap pendidikan.
Satu contoh cuba kita lihat pada setiap drama yang ditayankan oleh tv 1, 2 atau 3 tak kiralah drama apa ,cinta ka, masyarakat ka penyiasatan ka... satu babak yang mesti diselitkan ialah kelab malam,karaokeatau pusat hiburan lain dimana hampir semua pengunjungnya adalah anakx orang melayu.Merekax ini diberi watak untuk terkinja-kinja , terhoyong hayang mabuk dan lalok dek dadah yang diambil dan entah apax lagi gelagat yang tak senonoh. Sedarkah kita yang adegan ini sedikit sebanyak akan dicontohi oleh anakx muda lain yan sebelum ini tidak pernah tahu akan adanya keadaan  demikian.Tapi apabila dah terdedah kepada bendax begini perasaan ingin mencuba tentu akan ada.Apakah jika tidak diselitkan adegan ini maka mutu atau jalan cerita nya akan lari atau tidak glamour. Lihatlah siapa yang cuba untuk melingkupkan  lagi anakx muda bangsa melayu yang selama ini sudah parah serta  haru biru kehidupannya dan sering dipandang rendah kerana terlalu pandai dalam budaya sosial, hiburan, berpakaian dan penagihan dadah. Semua ini anakx bangsa melayulah yang pakar dan terkehadapan kerana gurux yang baik hati yang memberi tuisen percuma dan peka pada keadaan semasa. SYABAS dan  TERIMA KASIH kepada semua.yang terlibat..   

KALAU IKUTKAN HATI

Kalau ikutkan hati mahu saja aku bantai ibubapa yang terlalu berkira tentang perbelanjaan pelajaran anax mereka ini.Apa tidaknya jika pihak sekolah mengenakan sedikit tambahan yuran kepada anakx mereka ia akan disusuli dengan macamx alasan dan pertanyaan..tetapi dalam membeli sesuatu yang tidak berapa berfaedah tidak pula berkira. Bagi waris perokok membeli rokok yang nilainya mencecah pulohan ringgit tak apa ,bagi yang gemar berbelanja membeli pakaian, alat perabot dan entah apa lagi perhiasan rumah tak jadi masalah.TAPI kalau untuk anakx nak belajar huhh..susah..Ada yang lebih teruk dapat bantuan persekolahan tapi yuran sekolah langsun tak berbayar sehingga hampir huhujung tahun.Ini termasuk dalam kategori apa pun tak tahu lah.

Disini aku merayulah kepada semua insan yang bergelar ibubapa ,waris waima penjaga tolonglah beri sedikit perhatian terhadap apa jua yang berkaitan dengan pendidikan anakx.Janganlah terlalu berkira mengenai pembelanjaan persekolahan kerana setiap apa yang dikenakan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG misalnya telah diperhalusi dan bincangkankan dengan terperinci sebelum dikuatkuasakan.Berilah kepecayaan kepada pihakx yang kita pertanggungjawabkan dalam perkara ini.Janganlah hanya tahu mengkritik tapi tidak mencadangkan jalan penyelesaian atau idea yang membina.Tabik kepada ibubapa atau penjaga yang begitu prihatin dan mengambil berat dalam hal persekolahan anak mereka walau pun ada antara mereka yang hidup lebih susah dan daif tapi demi pendidikan dan keperluan sekolah anak,segala yuran persekolahan dan apa jua yang berkaitan dapat diselesaikan tanpa perlu digesa untuk berbuat demikian. HASILnya lihatlah balasan yang mereka ini terima dari keputusanx  peperoksaan yang didudukii anakx mereka.  INGATLAH masa depan mereka ini amat penting kerana kita akan mati juga suatu hari nanti tapi bagaimana nasib mereka selepas ketidaan kita..adakah kita mahu nasib dan masadepan mereka sama seperti kita atau  lebih baik dari yang kita ...Fikir-fikir dan renung-renungkanlah......